Ringgit saksi pengambilan untung selepas cecah paras tertinggi hampir enam tahun
Iklan
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi minggu ini, dibuka pada paras 4.09 dan menjejaki aliran kenaikan sebelum berakhir pada 4.07 semasa ditutup hari Jumaat. Foto hiasan
RINGGIT dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu hadapan, berlegar antara RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ia mencecah paras tertinggi hampir enam tahun semalam.
Iklan
Iklan
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi minggu ini, dibuka pada paras 4.09 dan menjejaki aliran kenaikan sebelum berakhir pada 4.07 semasa ditutup hari Jumaat.
Pada jam 6 petang semalam, ringgit meningkat kepada 4.0740/0785 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0880. Paras ini kali terakhir dilihat pada 15 Januari 2020, apabila ringgit ditutup pada 4.0740 berbanding dolar AS.
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jika dilihat daripada petunjuk teknikal, ringgit telah memasuki wilayah terlebih beli, ini akan menjurus kepada aktiviti pengambilan untung.
"Minggu hadapan, tumpuan akan diberikan kepada pengumuman keluaran dalam negara kasar Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga 2025 yang dijangka pada 23 Disember ini," katanya kepada Bernama.
Iklan
Awal minggu ini, mata wang tempatan itu dipengaruhi terutamanya oleh data utama AS, termasuk laporan senarai gaji bukan ladang dan Indeks Harga Pengguna (IHP), yang diramalkan akan memberi hala tuju yang lebih jelas mengenai unjuran dasar monetari AS.
Dilaporkan bahawa senarai gaji bukan ladang AS telah menokok sebanyak 64,000 pada November selepas menguncup pada Oktober, manakala kadar pengangguran naik kepada 4.6 peratus di tengah-tengah penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi, pertumbuhan upah yang menyederhana dan jualan runcit yang agak lembap.
Sementara itu, inflasi November AS berada di bawah jangkaan pada 2.7 peratus berbanding anggaran konsensus 3.1 peratus. Inflasi teras menyederhana kepada 2.6 peratus berbanding 3.0 peratus yang dicatatkan pada September.
Secara mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS, ia ditutup lebih tinggi pada 4.0740/0785 daripada 4.0945/1005 yang dicatatkan pada akhir minggu lepas.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5909/5940 daripada 2.6264/6304, melonjak berbanding pound British kepada 5.4514/4574 daripada 5.4789/4869 sebelumnya dan berbanding euro, ia bertambah kepada 4.7715/7767 daripada 4.8037/8107.
Ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 243.2/243.6 daripada 245.9/246.4, mantap berbanding dolar Singapura kepada 3.1515/1553 daripada 3.1701/1750 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9428/9620 daripada 12.9589/9845.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menyusut berbanding peso Filipina kepada 6.94/6.95 daripada 6.93/6.94 sebelumnya. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.