Puteri Mahkota Norway perlu jalani pemindahan paru-paru

Iklan
Mette-Marit didiagnosis menghidap sejenis penyakit fibrosis pulmonari yang jarang berlaku, iaitu penyakit paru-paru kronik, tujuh tahun lepas. Foto Reuters

COPENHAGEN - Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, 52, memerlukan paru-paru baharu, menurut kenyataan Kerabat Diraja Norway pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan itu, keadaan kesihatan baginda yang berpunca daripada penyakit paru-paru kronik semakin merosot dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini sehingga menyebabkan pemindahan paru-paru kini menjadi langkah perlu yang seterusnya.

Iklan
Iklan

Doktor baginda, Are Martin Holm berkata, tarikh Mette-Marit akan disenaraikan dalam senarai menunggu untuk pemindahan paru-paru itu masih belum ditentukan.

"Beta sentiasa berharap agar penyakit ini dapat dikawal dengan ubat-ubatan," titah Mette-Marit dalam satu temu bual bersama penyiar televisyen NRK.

Iklan

Baginda bertitah, keadaan kesihatannya merosot lebih cepat daripada apa yang diharapkan oleh baginda dan pasukan doktor.

Mette-Marit didiagnosis menghidap sejenis penyakit fibrosis pulmonari yang jarang berlaku, iaitu penyakit paru-paru kronik, tujuh tahun lepas. Baginda mendedahkan penyakitnya kepada umum pada Oktober 2018.

Iklan

Penyakit berkenaan boleh menyebabkan sesak nafas, yang menjadi punca mengapa puteri berkenaan berulang kali terpaksa membatalkan tugas-tugas rasmi baginda sebelum ini. - Bernama