Bencana jika rakyat tak percaya pilihan raya - SPR
Iklan
Dr Azmi (kanan) menjawab persoalan dikemukakan Khairil Anwar dalam sesi wawancara khas bersama Sinar Harian di atas pentas Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
JIKA rakyat hilang kepercayaan terhadap pilihan raya, negara boleh runtuh. Kerana pilihan raya itulah kerajaan boleh bertukar ganti secara aman, bukannya kudeta.
Itulah risiko paling besar yang sedang cuba dielakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika Malaysia memasuki fasa politik paling padat, mahal dan mencabar dalam sejarah pengurusan pilihan raya negara.