Perlu tambah 20 kerusi Parlimen baharu - Penganalisis
Iklan
Jumlah 222 kerusi Parlimen yang digunakan ketika ini telah kekal sejak kajian persempadanan semula Parlimen dilaksanakan pada 2003. Gambar kecil: Manimaran
SHAH ALAM – Malaysia dilihat perlu menambah antara 20 hingga 25 kerusi Parlimen baharu di seluruh negara memandangkan jumlah kerusi sama masih kekal tidak berubah sejak lima pilihan raya umum (PRU) lalu walaupun jumlah penduduk dan pengundi di sesetengah kawasan terus meningkat.
Penganalisis pilihan raya, Dr G Manimaran berkata, keperluan itu bersamaan penambahan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen sedia ada bagi memastikan prinsip perwakilan yang seimbang dapat dicapai supaya perkhidmatan berkualiti dapat diberikan kepada rakyat.