Isu persempadanan semula: Paling terkesan ialah rakyat - Penganalisis
Iklan
Awang Azman menyifatkan persempadanan hanya menyediakan padang yang lebih adil, bukan menentukan pemenang.
ISU persempadanan semula kawasan pilihan raya di negara ini sering dikaitkan dengan persepsi sinikal sehingga kerap dijadikan alasan untuk menolak atau melengahkan usaha menyusun semula peta pilihan raya.
Dalam kalangan parti Melayu misalnya, timbul kecurigaan bahawa langkah tersebut akan menambah kerusi di kawasan bandar dan seterusnya memberi kelebihan politik kepada DAP serta PKR.