Lelaki panjat 'flyover', identiti belum dikenal pasti

Iklan
Seorang lelaki didapati memajat 'flyover' di Jalan Masjid Negeri pada tengah hari Jumaat.

GEORGE TOWN – Tular di media sosial beberapa keping gambar dan video memaparkan seorang lelaki dipercayai memanjat struktur 'flyover' di Jalan Masjid Negeri di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari Jumaat.

Tindakan lelaki berkenaan mencetuskan kebimbangan orang awam apabila dilihat berada di bahagian penghadang 'flyover' sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan individu terbabit bertindak di luar kawalan termasuk terjun dari situ.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kejadian itu menyebabkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan memperlahankan kenderaan selain ada yang berhenti bagi melihat situasi tersebut.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan telah berada di lokasi bagi memantau keadaan serta menjalankan tindakan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan

Setakat ini, punca lelaki berkenaan berada di atas 'flyover' berkenaan masih belum diketahui dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai identiti atau keadaan individu tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas serta mengendalikan situasi berkenaan dengan selamat.

Iklan