Pasca banjir Aceh

Iklan

KEADAAN di Aceh Tamiang selepas banjir besar melanda kawasan berkenaan. 

Hampir tiga minggu selepas kejadian itu, penduduk tidak mempunyai pilihan selain mengumpul sisa kekuatan untuk memulakan kehidupan baharu, meskipun masih bergelumang dengan lumpur tebal dan diuji dengan kehilangan tempat tinggal.

Iklan
Iklan

Khemah penempatan sementara yang didirikan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) terus berfungsi sebagai pusat perlindungan, selain masjid dan kemudahan awam yang dijadikan pusat pemindahan sementara. - Bernama