Suspek kes tembak di Universiti Brown ditemukan mati

Iklan
Suspek kejadian tembakan di Universiti Brown pada hujung minggu lalu ditemui mati di sebuah kemudahan storan di New Hampshire selepas diburu selama lima hari. Foto AP

SAN FRANCISCO - Suspek dalam insiden tembakan rambang di Universiti Brown minggu lalu ditemukan mati akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri, lapor Xinhua memetik Fox News pada Khamis.

Memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang, CBS News dalam laporan awal pada Khamis menyatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang suspek dalam insiden tembakan pada 13 Disember di kampus Universiti Brown di Providence, Rhode Island, yang mengorbankan dua pelajar dan mencederakan sembilan yang lain.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, agensi penguat kuasa undang-undang sedang menyiasat kemungkinan kaitan antara insiden tembakan di Universiti Brown dengan kes tembakan membabitkan Nuno Loureiro, seorang profesor sains dan kejuruteraan nuklear di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Loureiro, 47, meninggal dunia pada Selasa di sebuah hospital selepas ditembak sehari sebelumnya di kediaman miliknya di Brookline, Massachusetts. - Bernama-Xinhua

Iklan

 

 

Iklan