Survival politik dalam rombakan Kabinet 2025
Iklan
Anwar memperlihatkan senarai jemaah menteri baharu Kerajaan Madani ketika sidang media khas Pengumuman Anggota Kabinet Baharu di Bangunan Perdana Putra. Foto Bernama
APABILA Margaret Thatcher merombak Kabinet Britain pada 1981, dunia memahami satu perkara iaitu hala tuju negara barat Eropah itu tidak boleh lagi didebat atau ditimbangtara.
Menteri yang meragui rancangan Thatcher digugurkan, pendukung agenda diletak di kementerian penting dan No. 10 Downing Street mengetuai jentera pelaksana sebuah visi pemulihan yang jelas lagi berani.