Kecurian kabel ancam keselamatan operasi rel - Prasarana
Iklan
Pagar diceroboh tanpa kebenaran, dipercayai laluan masuk pencuri kabel.
SHAH ALAM – Insiden kecurian kabel yang kerap berlaku terus menjejaskan operasi perkhidmatan rel, sekali gus memberi kesan langsung kepada jutaan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.
Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti, Alam Sekitar & Pembangunan Lestari Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Idzqandar Abu Bakar berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini (2023 hingga kini), kerugian akibat kecurian kabel dianggarkan mencecah RM20.6 juta, mencerminkan trend peningkatan yang membimbangkan dan berterusan.
Iklan
Iklan
“Namun, kesan sebenar isu ini melangkaui kerugian kewangan semata-mata, malah ia turut menyebabkan gangguan perkhidmatan, kelewatan perjalanan serta menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna pengangkutan awam yang tidak boleh dipandang ringan.
“Trend peningkatan kes juga semakin ketara apabila pada tahun 2024, sebanyak 41 kes kecurian kabel direkodkan, manakala bagi tahun 2025 setakat ini, jumlah tersebut meningkat kepada 69 kes, iaitu kenaikan sebanyak 68 peratus.
Iklan
“Peningkatan ini didorong oleh permintaan dan harga pasaran kabel, khususnya tembaga yang semakin tinggi dan menjadikan jenayah ini lebih menguntungkan kepada sindiket,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, setiap insiden kecurian menyebabkan operasi perkhidmatan terjejas kerana tren tidak dapat beroperasi seperti biasa, sekali gus menjejaskan penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan rel setiap hari.
Iklan
“Kerja-kerja pembaikan serta penggantian kabel perlu dilaksanakan dengan segera bagi memulihkan sistem kritikal dan memastikan perkhidmatan dapat kembali berjalan secara normal. Dalam situasi ini, penumpanglah yang paling terkesan.
“Isu kecurian kabel yang semakin membimbangkan ini bukan sahaja melibatkan operasi perkhidmatan rel kendalian Prasarana, tetapi turut menjejaskan operator rel lain serta syarikat telekomunikasi,” katanya.
Tambah beliau, keadaan itu jelas menunjukkan bahawa jenayah berkenaan bersifat berulang, terancang dan memberi implikasi luas terhadap infrastruktur kritikal negara.
Sehubungan itu katanya, Prasarana telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan secara berterusan termasuk penempatan anggota keselamatan, rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemasangan CCTV berteknologi tinggi serta pengujian penggunaan anjing pengesan di Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya.
“Kami juga bekerjasama dengan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi memperkukuh ciri keselamatan fizikal di lokasi-lokasi tertentu, namun dengan jajaran rel melebihi 200 kilometer, ia tidak dapat ditangani secara bersendirian tanpa sokongan ekosistem penguatkuasaan dan kawal selia yang menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata, Prasarana menyeru kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguat kuasa, penggubal undang-undang, pemain industri dan orang awam bagi menangani isu berkenaan secara kolektif.
“Orang ramai juga digalakkan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, khususnya di kawasan jajaran rel, kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan pantas dan berkesan diambil,” katanya.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.