Pengurusan fatwa kolektif penting tangani isu semasa - Mufti

Iklan
Ahmad Fauwaz (duduk, kiri) ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Fatwa Antarabangsa 2025 di Kaherah, Republik Arab Mesir, Isnin lalu.

KAHERAH – Pengurusan fatwa yang teratur serta pengeluaran keputusan hukum secara kolektif menjadi antara pendekatan utama bagi memastikan fatwa kekal relevan dalam menangani cabaran realiti semasa.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, perkara itu ditekankan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Fatwa Antarabangsa 2025 di Kaherah, Republik Arab Mesir, Isnin lalu.

Iklan
Iklan

"Pembentangan bertajuk Fatwa dan Isu-isu Kontemporari memberi fokus kepada keperluan pengurusan fatwa yang sistematik serta mekanisme pengeluaran fatwa secara bersama bagi memastikan keputusan dibuat secara menyeluruh dan berlandaskan disiplin ilmu.

"Pendekatan kolektif dalam pengeluaran fatwa penting bagi menangani isu-isu baharu yang semakin kompleks, khususnya melibatkan perubahan sosial, teknologi dan perundangan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Ahmad Fauwaz (duduk, kiri) ketika membentangkan kertas kerja pada Simposium Fatwa Antarabangsa 2025 di Kaherah, Republik Arab Mesir, Isnin lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengalaman Malaysia melalui Muzakarah Fatwa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) sejak 1969 turut dikongsi sebagai contoh amalan yang membantu penyelarasan pandangan serta pemeliharaan kepentingan awam.

Iklan

"Kaedah ini membolehkan perbincangan dibuat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai sudut sebelum sesuatu keputusan fatwa diputuskan,” jelas Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, penyertaan Malaysia dalam simposium anjuran Sekretariat Agung Badan Kefatwaan Antarabangsa itu turut memperkukuh hubungan dengan Mesir serta membuka ruang perkongsian pengalaman dalam pengurusan institusi kefatwaan di peringkat antarabangsa.