Lelaki bunuh isteri, dua anak, tanam mayat dalam rumah

Iklan
Pasukan polis berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mayat daripada lubang tersebut. Tangkap layar gambar daripada sumber video NDTV

UTTAR PRADESH - Gara-gara berang isteri tidak memakai purdah, seorang lelaki bertindak membunuh keluarganya sendiri sebelum menanam mayat mereka di dalam rumah dalam kejadian di Shamli baru-baru ini.

Kejadian ngeri itu terbongkar selepas mangsa, Tahira, 35, bersama dua anak perempuannya, Shareen, 14, dan Afreen, 6, dilaporkan hilang selama seminggu.

Iklan
Iklan

Kehilangan tiga beranak itu pada mulanya dilaporkan oleh ketua kampung sebelum pihak polis memulakan siasatan lanjut.

Berdasarkan kecurigaan, pihak polis telah menahan suami mangsa, Farooq untuk disoal siasat.

Iklan

Semasa soal siasat dijalankan, Farooq mengaku melakukan jenayah tersebut dan mendedahkan lokasi mayat yang ditanam di rumah mereka.

Pasukan polis yang diketuai oleh Superintenden NP Singh bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mayat daripada lubang tersebut.

Iklan

Farooq mengaku melakukan jenayah tersebut dan mendedahkan lokasi mayat yang ditanam di rumahnya.

Menurut polis, siasatan mendapati isteri Farooq sebelum ini pernah meminta wang daripadanya, yang kemudian mencetuskan pertengkaran.

Dalam keadaan marah, isterinya bertindak keluar rumah untuk ke rumah ibu bapanya tanpa memakai purdah.

Tindakan isterinya itu menyebabkan Farooq berasa maruah dirinya tercalar.

Sebulan selepas kejadian itu, suspek membawa pulang isterinya semula ke rumah sebelum membunuh mangsa dan anak-anak mereka.

Farooq kini berada dalam tahanan polis manakala ketiga-tiga mayat telah dihantar untuk proses bedah siasat.

Pihak polis turut merampas sebuah pistol dan beberapa butir peluru yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Siasatan awal mencadangkan kes ini berpunca daripada pertikaian domestik.

Pihak polis sedang giat menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek serta melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes pembunuhan kejam itu.