SHAH ALAM - Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim.
Beliau berkata, dasar berkenaan masih berkuat kuasa, namun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.