Ahmad Sobri stabil selepas jalani pembedahan di HKL
Iklan
Ahmad Sobri menjalani pembedahan kira-kira hampir dua jam dan selesai pada jam 2 pagi di HKL pada Rabu. FOTO FB MHAZRIQ FAHIMY ABDULLAH
BEKAS penjaga gol legenda Kedah dan Malaysia era 1980-an hingga 1990-an, Ahmad Sobri Ismail dilaporkan stabil selepas selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi Rabu.
Perkembangan positif itu dikongsikan oleh seorang penyokong, MHazriq Fahimy Abdullah menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan prosedur berkenaan berjalan lancar dan keadaan Ahmad Sobri kini dipantau rapi.
Iklan
Iklan
Dia yang berkongsi maklumat tersebut daripada anak Ahmad Sobri iaitu Mohamad Aliff, mengesahkan pembedahan yang mengambil masa hampir dua jam itu selesai kira-kira jam 2 pagi dan kini bekas pemain itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (HDU).
“Alhamdulillah, pembedahan ayah sudah selesai. Doktor akan pantau terlebih dahulu dan ayah kini masih berada di HDU. Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian,” kongsi Mohamad Aliff.
Iklan
Aliff menambah, keadaan bapanya semakin baik dan kelihatan sihat selepas menjalani prosedur tersebut, sekali gus menenangkan kebimbangan peminat bola sepak tanah air.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Ahmad Sobri, 62, menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas mengalami komplikasi tekanan darah tinggi pada malam Isnin.
Iklan
Beliau sebelum itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Alor Setar kira-kira jam 8 malam sebelum dipindahkan ke HSB pada jam 11 malam.
Susulan itu, Ahmad Sobri dipindahkan dari HSB ke HKL pada petang Selasa bagi meneruskan rawatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>