Jamal Abdillah dedah cabaran ternak lembu
Iklan
Jamal Abdillah mengusahakan ternakan lembu sejak empat tahun lalu di Perak.
KOS makanan ternakan tinggi terus menjadi antara cabaran utama dalam industri penternakan lembu, khususnya bagi pengusaha tempatan yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran bekalan lembu dan daging negara.
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah yang juga pengusaha ternakan lembu berkata, penternakan lembu memerlukan kesabaran kerana prosesnya mengambil masa panjang dan berdepan pelbagai kekangan.