Di sebalik rombakan Kabinet Madani
Iklan
Anwar memperlihatkan senarai jemaah menteri baharu Kerajaan MADANI ketika sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Selasa. Foto: Bernama
ROMBAKAN Kabinet Kerajaan Madani kali kedua yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa bukan sekadar langkah mengisi empat kekosongan jawatan menteri.
Sebaliknya, rombakan melibatkan 28 jawatan menteri dan timbalan menteri itu merupakan isyarat politik penting, mencerminkan fasa penyesuaian yang semakin mendesak buat Kerajaan Perpaduan ketika tempoh penggal pentadbiran kini berbaki kurang daripada dua tahun.