BEIJING - Seorang wanita di Shandong, China hampir kehilangan telinga kiri selepas terlibat kemalangan mengerikan di tempat kerjanya.
Rambut mangsa dilaporkan tersangkut pada mesin hingga menyebabkan telinga kiri, kulit kepala dan sebahagian kulit pada mukanya tersiat.
Iklan
Iklan
Keadaan itu mengakibatkan wanita itu perlu menjalani pembedahan rekonstruktif termasuk memasang semula telinga pada tempat asal.
Namun, pemeriksaan doktor mendapati bahagian yang terputus itu perlu 'dirawat' terlebih dahulu pada kakinya yang mempunyai saluran darah sama seperti di bahagian telinga.
'Rawatan' telinga yang dipasang pada kaki itu dilakukan selama lima bulan sebelum pembedahan akhir yang dibuat pada Oktober lalu.
Prosedur itu dikatakan berdepan kesukaran disebabkan saluran darah dan saraf yang berpintal pada kulit kepala wanita itu.
Tetapi, usaha keras pasukan pakar bedah itu akhirnya berjaya selepas telinga tersebut dapat 'dikembalikan' ke tempat asalnya. - Agensi