Kanak-kanak dibelenggu kemiskinan multi dimensi
Iklan
Laporan khas muka depan Sinar Harian bertajuk 'Nasib Budak Flat: Terbiar di Celah Bandar'. Gambar kecil: Asiyah
SHAH ALAM - Dalam menangani kemiskinan pelbagai dimensi yang membelenggu kanak-kanak di flat perumahan bandar, langkah penyelamatan mesti dilaksanakan dengan segera, tersusun dan memfokuskan pencegahan jangka panjang.
Golongan sebegini tidak boleh terus dilihat sebagai penerima pasif bantuan kebajikan, sebaliknya mereka perlu diiktiraf antara kumpulan strategik yang memerlukan perlindungan sosial menyeluruh dan pelaburan pembangunan insan secara konsisten.