Hui Ying kini bersama Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Iklan
Hui Ying sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan kini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying kini bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menerusi pengumuman khas oleh Perdana Menteri pada Selasa, Hui Ying menggantikan jawatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dinamakan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Iklan
Iklan

Sementara di Kementerian Kesihatan (KKM), Timbalan Menterinya bertukar dengan Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib menggantikan Datuk Lukanisman Awang Sauni yang ke Kementerian Luar sebagai Timbalan Menteri menggantikan Datuk Mohamad Alamin.

Mohamad ke di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai Timbalan Menteri.

Iklan
Iklan

Jawatan Menteri Kesihatan kekal diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.