Noraini ‘turun dan kini naik pangkat’ semula

Iklan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Bernama

PUTRAJAYA - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendapat kepercayaan Perdana Menteri apabila kembali sebagai menteri menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu sebelum ini di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022) pernah mengepalai Kementerian Pengajian Tinggi namun diturunkan ‘pangkat’ menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Namun, rombakan besar-besaran hari ini menyaksikan beliau kembali dalam barisan utama jemaah Kabinet menggantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang ditukar portfolio sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan