15 pekerja China serang tentera Indonesia di lombong emas

Iklan
Ilustrasi yang dijana AI mengambarkan suasana ketika TNI diserang pekerja warga China. - Agensi

KALIMANTAN BARAT – Sekurang-kurangnya 15 pekerja asing dari China dilaporkan menyerang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di kawasan lombong emas milik PT Sultan Rafli Mandiri (PT SRM) di Ketapang, Kalimantan Barat, lapor Detik.com.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.40 petang waktu tempatan pada Ahad itu mengakibatkan lima anggota TNI cedera manakala dua kenderaan milik syarikat rosak teruk.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Sekuriti PT SRM, Imran Kurniawan, insiden bermula apabila pihak pengawasan syarikat mengesan aktiviti penerbangan dron di kawasan lombong sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Lima anggota TNI daripada Batalion Zeni Tempur 6/Satya Digdaya (Yonzipur 6/SD) Anjungan ketika itu sedang menjalani Latihan Dasar Satuan (LDS) turut membantu mengejar pengendali dron.

Iklan

Sekitar 300 meter dari pintu masuk PT SRM, petugas menemui empat pekerja asing China sedang menerbangkan dron.

Namun, keadaan tiba-tiba menjadi tegang apabila 11 pekerja lain muncul dan menyerang anggota TNI.

Iklan

“Para pekerja China itu membawa empat bilah senjata tajam, pistol airsoft dan alat peranti elektrik, lalu menyerang anggota kami,” kata Imran.

Ketua Polis Ketapang, AKBP Muhammad Harris memaklumkan, pihak polis kini masih menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapatkan maklumat dengan semua pihak yang terlibat bagi memahami punca sebenar insiden. - Agensi