KPE TNB antara tokoh korporat terima anugerah penganjuran sulung 'Madani Business Awards 2025'
Iklan
Megat Jalaluddin dinobatkan sebagai penerima Anugerah 'Madani Best CEO of the Year'.
KETUA Pegawai Eksekutif (KPE) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan merupakan antara tokoh korporat, usahawan dan entiti korporat yang menerima pengiktirafan pada penganjuran sulung 'Madani Business Awards 2025', apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah 'Madani Best CEO of the Year' baru-baru ini.
Di samping Datuk Ir. Megat, antara tokoh-tokoh korporat lain yang diiktiraf ialah Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd, Datuk Profesor Dr Mohd Azmi Mohd Lila yang menerima 'Madani Nation Housing Visionary Award' dan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Encorp Bhd, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk 'Madani Corporate Reform Award'.
Iklan
Iklan
Selain itu, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Ts Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen dipilih sebagai penerima 'Madani Cyber Security Award'.
Anugerah Best CEO of The Year kepada KPE TNB merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang Megat Jalaluddin dalam menerajui transformasi sektor tenaga negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Madani Business Awards 2025 Mohd Yahya Mat Sahri.
Iklan
”Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap kepimpinan cemerlang beliau dalam menerajui transformasi sektor tenaga negara,” katanya.
Menurut Mohd Yahya, pemilihan itu dibuat setelah panel penilai mengambil kira rekod pencapaian beliau dalam memacu pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), termasuk peluasan tenaga boleh baharu, pemodenan infrastruktur grid menerusi inisiatif Grid of the Future, serta komitmen TNB terhadap matlamat Net Zero Emissions menjelang 2050.
Iklan
"Usaha ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membina sebuah ekonomi rendah karbon dan mampan berteraskan kerangka Ekonomi Madani,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam tempoh kepimpinan beliau, TNB turut mencatat prestasi operasi dan kewangan yang stabil hasil pelaksanaan digitalisasi menyeluruh melibatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), data raya, automasi grid dan platform perkhidmatan pelanggan yang lebih efisien.
Selain itu, Megat Jalaluddin turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan projek-projek strategik nasional di bawah NETR, termasuk projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), Solar Berskala Besar (LSS) dan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik melalui rangkaian pengecasan TNB Electron.
"Inisiatif ini telah memberikan impak positif terhadap pertumbuhan industri tenaga serta menyokong komitmen negara ke arah ekonomi hijau,” katanya.
Kejayaan TNB di peringkat antarabangsa turut diperkukuh melalui peningkatan portfolio tenaga boleh baharu luar negara serta penglibatan aktif dalam platform utiliti global, yang seterusnya meningkatkan daya saing syarikat dan mengangkat imej Malaysia di persada dunia.
Penganugerahan ini juga mengambil kira komitmen beliau terhadap tadbir urus yang berintegriti, disiplin kewangan, pembangunan bakat nasional dan pemerkasaan vendor tempatan.
"Semua ini mencerminkan nilai-nilai teras Madani, khususnya kemampanan, kesejahteraan, daya cipta (inovasi), ihsan dan akauntabiliti,” katanya.
Sementara itu, pemilihan Mohamed Sulaiman adalah kerana peranan penting beliau dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar keselamatan rangkaian yang menyeluruh di peringkat nasional, serta pengurusan insiden keselamatan siber untuk melindungi infrastruktur kritikal negara.
"Di bawah pimpinannya, SKMM telah mempertingkatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, industri telekomunikasi, penyedia perkhidmatan digital dan komuniti keselamatan siber, bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap ancaman maya,” katanya.
Madani Business Awards 2025 yang julung kali dianjurkan mengiktiraf lebih 50 ketua pegawai eksekutif, usahawan dan entiti korporat Malaysia yang berjaya menggabungkan kejayaan perniagaan dengan impak sosial.
Majlis anugerah itu dianjurkan oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Generasi Malaysia, dengan matlamat mengetengahkan organisasi serta pemimpin yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan inklusif negara. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.