PIBKS saran intervensi khusus bantu tingkat kehadiran murid PPR
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian mengenai nasib kanak-kanak yang membesar di flat bandar.
SHAH ALAM – Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) mencadangkan beberapa intervensi praktikal bagi menangani isu pendidikan melibatkan murid di Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekali gus membantu meningkatkan sokongan pembelajaran mereka yang berdepan pelbagai kekangan.
Timbalan Pengerusi PIBKS Kebangsaan, Zainol Abidin Mohamad berkata, antara langkah dicadangkan termasuk mewujudkan 'Learning Hub' di kawasan PPR melalui penggunaan surau, balai komuniti atau ruang khas sebagai pusat tumpuan murid menyiapkan tugasan harian.