Lima masalah sosial utama budak flat
Iklan
Al-Biruni yang merupakan cawangan ke sembilan AYG menjadi pusat interaksi belia dan ruang selamat untuk remaja serta komuniti setempat. Foto: Facebook Adab Youth Garage (AYG)
SHAH ALAM - Lima masalah sosial utama dikenal pasti membelenggu kanak-kanak yang membesar di kawasan flat kos rendah membabitkan isu pengawasan ibu bapa, keciciran sekolah, kekurangan zat makanan, kelemahan sahsiah diri dan ketiadaan ruang aktiviti positif.
Penemuan tersebut didedahkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Adab Youth Garage (AYG) berdasarkan pemantauan berterusan di beberapa negeri.