Kes sumbang mahram: Adik lelaki dipercayai OKU lembam - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

BESUT - Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes sumbang mahram dan buang bayi di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut di sini pada Ahad dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bermula Isnin hingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan.

Iklan

"Buat masa ini belum ada ahli keluarga lain atau saksi yang dipanggil untuk dirakam keterangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Iklan

​Selain itu, jelas beliau, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan penemuan seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah membongkar perbuatan sumbang mahram dipercayai membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adik lelakinya.

Hasil siasatan mendapati bayi yang dilahirkan secara rahsia itu adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berkenaan yang kini sedang dirawat di hospital.

Bayi itu dilaporkan telah dibuang di belakang sebuah rumah oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ.