Dakwaan kontrak Syeikh Wazir di Pusat Pengajian Pondok Moden ditamatkan tidak benar

Iklan
Dakwaan yang menyatakan kontrak Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah (kanan) sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok ditamatkan adalah tidak benar.

KOTA BHARU - Anak kepada ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah menafikan dakwaan kontrak ayahnya sebagai tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok telah ditamatkan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh anaknya, Adnan Wazir menerusi satu hantaran yang dibuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Berita Ayahanda Abuya Syeikh Wazir tidak di sambung kontrak di Pusat Pengajian Pondok adalah tidak benar," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Pengajian Pondok Moden menafikan dan menegaskan berita tersebut tidak benar.

Iklan
Iklan

Terdahulu tular hantaran di laman sosial Facebook yang memaklumkan Syeikh Wazir tidak disambung kontrak mengajar di Pondok Moden, Kandis.