Budak PPR hadapi ‘ranjau sepanjang jalan’
Iklan
Kanak-kanak di PPR lebih tertumpu kepada aspek survival berbanding pembelajaran. Gambar kecil: Muhammed
SHAH ALAM – Kekurangan ruang belajar, bunyi bising, tidur tidak mencukupi dan ketidakpastian makanan menyebabkan ramai kanak-kanak yang membesar di Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih tertumpu kepada kelangsungan hidup berbanding pembelajaran, sekali gus mencipta 'ranjau sepanjang jalan' menuju masa depan mereka.
Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, cabaran terbesar yang dihadapi kanak-kanak PPR bukan berpunca daripada sikap malas atau kurang usaha, sebaliknya tekanan hidup berlapis sejak usia kecil yang bersifat sistematik.