Belajar daripada model perumahan Singapura
Iklan
Keluasan PPR sedia ada disifatkan lebih sesuai untuk isi rumah yang mempunyai seorang atau dua orang sahaja. Gambar kecil: Gobi.
SHAH ALAM – Keluasan unit Program Perumahan Rakyat (PPR) disifatkan tidak mesra kanak-kanak berikutan purata saiz isi rumah yang tinggi dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), TPr Dr Gobi Krishna Sinniah berkata, keluasan standard PPR sekitar 700 kaki persegi adalah terlalu terhad untuk menampung keperluan keluarga yang lebih besar berbanding negara lain.