Asrama jadi pelindung terakhir
Iklan
Ruang dapur kediaman Rafiah mampu memuatkan seorang individu pada satu-satu masa. Gambar kecil dari kiri: Rythani, Hazrin, Rafiah dan Mazlan.
PETALING JAYA – Isu ruang kediaman yang terhad serta kerosakan infrastruktur berulang di perumahan flat terus membelenggu penduduk, khususnya apabila melibatkan aspek keselamatan keluarga dan kanak-kanak.
Pengerusi KRT Blok E, Flat Lembah Subang, Rythamy Japari, 50, berkata, keadaan persekitaran flat mendorongnya menghantar anak ke asrama sehingga berusia 17 tahun sebagai langkah mengelakkan pengaruh sosial negatif.