Cabaran membesar di flat bandar
Iklan
Sebilangan kanak-kanak bermain dan menjaga diri sendiri kerana ibu bapa sibuk bekerja.
KUALA LUMPUR – Di sebalik deretan bangunan tinggi yang mewarnai landskap bandar, wujud kehidupan kanak-kanak yang sedang berdepan dengan cabaran besar.
Mereka membesar di celah lorong sempit flat, di bawah parkir bertingkat dan di ruang-ruang yang tidak pernah direka untuk menjadi tempat kanak-kanak belajar, bermain atau berkembang.