Boleh dapat RM130,000 jika tinggal di sini

Iklan
Pekan kecil tersebut menempatkan perkampungan tinggalan sejarah Zaman Pertengahan. - Foto Agensi

FLORENCE - Sebuah pekan kecil menawarkan wang tunai kepada mana-mana individu yang mahu berpindah ke kawasan itu.

Insentif kewangan itu diberikan oleh pemerintah tempatan di Radicondoli, perkampungan tinggalan Zaman Pertengahan di kawasan berbukit Tuscany di Itali.

Iklan
Iklan

Ketika program itu dilancarkan pada 2023, ia menawarkan kira-kira 20,000 euro (RM96,000) kepada individu yang mahu membeli rumah dan menetap di sana di samping wang poket tambahan 7,000 euro (RM34,000) untuk perbelanjaan lain seperti alat pemanasan serta pengangkutan.

Radicondoli yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari selatan Florence telah mengembangkan inisiatif itu.

Iklan

Pelan tersebut akan menampung separuh daripada bayaran sewa untuk tempoh dua tahun pertama bagi mereka yang berpindah menjelang awal 2026.

"Skim perumahan itu sedang dipertingkatkan," kata Datuk Bandar, Francesco Guarguaglini.

Iklan

Difahamkan, pekan itu pernah berpopulasi hingga 3,000 penduduk dan kini hanya didiami 966 orang serta kira-kira 100 daripada 450 unit rumah tidak berpenghuni.

"Kami telah memperuntukkan lebih 400,000 euro (RM1.9 juta) pada tahun ini tetapi inisiatif ini bersyarat kerana pembeli perlu tinggal di sini selama 10 tahun manakala penyewa pula perlu menginap di sini sekurang-kurangnya selama empat tahun," jelas Guarguaglini sambil menambah sejak projek itu bermula dua tahun lalu jumlah populasi telah meningkat daripada 900 kepada 960 orang. - Agensi