Pantai Bondi, kampus Ivy League jadi sasaran serangan tembakan

Iklan
Dua lelaki bersenjata dalam pakaian serba hitam itu melepaskan beberapa das tembakan di jambatan Pantai Bondi, Sydney pada Ahad.

SYDNEY - Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh manakala 11 yang lain cedera dalam serangan tembakan di lokasi ikonik tumpuan pelancong, Pantai Bondi di Sydney pada Ahad.

Polis New South Wales (NSW) memaklumkan kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke beberapa hospital di sekitar bandar tersebut.

Iklan
Iklan

"Salah seorang penyerang maut manakala rakannya berada dalam keadaan kritikal," kata jurucakap pihak berkuasa.

Bunyi tembakan telah mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dari pantai di timur Sydney tersebut.

Iklan

Difahamkan, sebuah festival komuniti Yahudi dijadualkan berlangsung di pantai tersebut, namun polis belum mengulas sama ada ia ada kaitan dengan serangan anti-Yahudi.

Kejadian itu berlaku sehari selepas serangan tembakan menggemparkan Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Sekurang-kurangnya dua penuntut terbunuh manakala lapan yang lain cedera parah dalam kejadian serangan tembakan di Brown University yang berprestij di Providence, Rhode Island pada Sabtu.

Pihak berkuasa bagaimanapun meminta orang ramai di sekitar kawasan tersebut supaya kekal berwaspada memandangkan lelaki bersenjata itu masih bebas.

Menurutnya, insiden menggemparkan itu berlaku di bangunan Barus dan Holley yang menempatkan jabatan kejuruteraan serta fizik di kampus Ivy League tersebut.

"Suspek berpakaian serba hitam dilihat meninggalkan lokasi kejadian. Tiada senjata api yang mungkin digunakan penyerang ditemui setakat ini.

"Lebih 400 anggota keselamatan telah dikerahkan," kata Timbalan Ketua Polis, Timothy O'Hara. - Agensi