Jurujual maut kereta bertembung lori sawit

Iklan
Keadaan Perodua Myvi yang remuk teruk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit di KM 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu–Permaisuri, Setiu pada Sabtu. Foto PDRM

SETIU – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu–Permaisuri berhampiran Kampung Telaga Putat di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira jam 6.11 petang itu melibatkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa, Tuan Nur Amirah Tuan Azhar, 32, yang bekerja sebagai jurujual kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu lori berusia 41 tahun yang membawa muatan buah kelapa sawit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati lori terbabit sedang bergerak dari Kampung Bari Besar menghala ke FGV Kampung Rahmat untuk menghantar muatan kelapa sawit.

Iklan

Orang awam berhenti melihat keadaan di lokasi kemalangan maut di KM 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu–Permaisuri, Setiu. Foto PDRM

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menuju ke Pasir Puteh, Kelantan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan lori berkenaan," katanya.

Iklan

Mohd Zain berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.