Galakkan rakyat jelajah dunia
Iklan
Nia yang kini bekerja sebagai Pegawai Kewangan di Leeds, United Kingdom berkata, rakyat Malaysia wajar memanfaatkan kekuatan pasport untuk memberi lebih banyak peluang kepada belia menimba pengalaman di luar negara.
SHAH ALAM - Dengan pasport Malaysia yang kini diiktiraf antara tiga paling berkuasa di dunia, rakyat negara ini sebenarnya memiliki kelebihan besar untuk meneroka peluang global.
Galakan kepada belia untuk menjelajah dunia bukan sekadar soal melancong, sebaliknya mampu membentuk generasi muda yang lebih terbuka, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran antarabangsa.