Tuntutan Guan Eng ujian kredibiliti pentadbiran Anwar - Penganalisis politik
Iklan
Guan Eng menghantar sepucuk surat rasmi kepada Anwar yang mengemukakan 10 perkara bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. - Gambar kecil (Mohamad Hafis)
SHAH ALAM - Tuntutan dikemukakan Penasihat DAP, Lim Guan Eng terhadap kerajaan dilihat sebagai ujian kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganalisis politik, Dr Mohamad Hafis Amat Simin berkata, dari sudut analisis dasar dan politik kepercayaan awam, pelaksanaan kesemua tuntutan itu tidak secara automatik menjamin pemulihan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Madani kerana kepercayaan hari ini lebih berasaskan hasil dirasai, bukan sekadar janji.