Visa haji dan umrah tetap perlu walau pasport Malaysia kuat
Iklan
Mohd Azri (gambar kecil) menjelaskan pelaksanaan haji dan umrah bukan perjalanan pelancongan biasa, sebaliknya ibadah tertakluk kepada sistem kawal selia paling ketat di dunia. - Foto hiasan
SHAH ALAM - Walaupun Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi serta menikmati kelebihan pasport yang kukuh, jemaah dari negara ini tetap wajib memohon visa ibadah khas untuk menunaikan haji dan umrah.
Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Mohd Azri Abd Raza menjelaskan pelaksanaan haji dan umrah bukan perjalanan pelancongan biasa, sebaliknya ibadah tertakluk kepada sistem kawal selia paling ketat di dunia.