‘Tuntutan Guan Eng boleh jejas imej kerajaan'
Iklan
Guan Eng menghantar sepucuk surat rasmi kepada Anwar yang mengemukakan 10 perkara bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. - Gambar kecil - Mohd Hasbie (kiri) dan Hassan Karim
SHAH ALAM - Tuntutan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat Penasihat DAP, Lim Guan Eng hanya akan mempersulit dan menjejaskan imej Kerajaan Perpaduan.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, budaya membuat kenyataan menghentam dan menyuarakan tuntutan terbuka sebegitu juga tidak akan membantu memperbaiki keadaan.