Kisah pengkhianatan UEC
Iklan
UEC bukan persoalan budaya atau bahasa semata-mata tetapi persoalan struktur sistem pendidikan dan prinsip kenegaraan yang lebih besar. Gambar hiasan
KISAH Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah satu cerita pengkhianatan kepada dasar pendidikan negara yang kini menjadi bahan ugutan politik perkauman. UEC adalah sistem peperiksaan persendirian yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina.
Sijil peperiksaan yang dikendalikan Dong Zong sejak tahun 1975 ini merupakan sistem penilaian utama bagi pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina, yang tidak mengikuti Kurikulum Kebangsaan.