KOTA BHARU - Lelaki yang didakwa 'dimadukan' oleh isterinya memaklumkan dia telah menceraikan wanita tersebut pada 15 Januari 2022.
Bagaimanapun katanya, penceraian tersebut belum dilaporkan kepada Pejabat Agama Islam lagi.
Iklan
Iklan
"Saya telah menceraikan isteri dengan talak satu. Namun ahli keluarga tidak mengetahui perkara ini.
"Saya mohon maaf kepada ahli keluarga dan semua pihak terlibat kerana menimbulkan kekeliruan ini," katanya ketika dihubungi.
Sinar Harian sebelum itu melaporkan tindakan seorang wanita berkahwin dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri terbongkar selepas perkara tersebut diketahui oleh keluarga mentuanya.
Rahsia yang disimpan selama setahun itu pecah selepas perkara tersebut berjaya dihidu oleh adik iparnya, yang ingin dikenali sebagai Nur pada 6 Disember lalu.
Ia terbongkar selepas Nur memeriksa rumah suami kedua kakak iparnya itu di sebuah taman di Batu 11 di sini bersama anggota polis dan penduduk setempat bagi mengesahkan perkara tersebut