Perbelanjaan modal dan strategi perniagaan
Iklan
Perniagaan perlu fokus kepada aset mana yang paling kritikal di dalam strategi yang hendak dilaksanakan. Foto hiasan
DI SUKU terakhir tahun seperti ini, kebanyakan perniagaan sedang menyiapkan belanjawan untuk tahun 2026.
Ini sudah tentu disandarkan kepada pelan perniagaan yang dirangka berdasarkan bagaimana usahawan dan pengurus perniagaan membaca suasana perniagaan pada tahun hadapan dan menetapkan peluang mana yang nak direbut.