Wanita sanggup jadi 'Spiderman' larikan diri daripada isteri kekasih

Iklan
Aksi berani mati wanita itu mendapat pelbagai reaksi warganet. Foto Agensi

BEIJING - Aksi berani mati seorang wanita yang memanjat balkoni tingkat 10 menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di wilayah Guangdong dan individu tersebut dipercayai cuba melarikan diri daripada isteri kekasih gelapnya.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman itu, lelaki tidak berbaju tersebut dikatakan panik sejurus isterinya pulang ke rumah hingga memaksa kekasihnya bersembunyi di balkoni.

Wanita itu dilihat berpaut pada pagar dengan sebelah tangan dalam keadaan tubuhnya tergantung

Iklan

Wanita itu cuba menuruni bangunan itu dengan berpegang pada paip luar dan belebas tingkap sebelum dia mengetuk tingkap sebuah unit kediaman lain untuk meminta tolong.

Aksinya yang seperti watak adiwira Spiderman turut menerima pelbagai reaksi warganet.

Iklan

Ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang digelar sebagai 'pengecut' kerana tergamak membahayakan nyawa wanita berkenaan.

Segelintir pengguna media sosial memuji keberaniannya dan menarik nafas lega kerana dia terselamat.

Kadar perceraian di China dilaporkan terus meningkat sejak 1998 dan kes pasangan memfailkan tuntutan untuk berpisah mencecah lebih 3.6 juta menjelang 2023. - Agensi