Muhasabah bijaksana PRN Sabah
Iklan
Muhasabah bijaksana yang utama ialah memperkasa Bersatu Sabah.
TERDAPAT pelbagai analisis tentang PRN Sabah ke-17. Tetapi, ada perbezaan-perbezaan tertentu yang mempengaruhi analisis-analisis tersebut.
Pemerhati yang merupakan orang Sabah mampu menyelami dinamika politik Sabah secara mendalam dan membuat dapatan bijaksana. Ini kerana beliau mempunyai kefahaman tersirat tentang sejarah, budaya dan denyut nadi rakyat Sabah, iaitu di samping kefahaman tersurat.