Janin bayi ditemui dalam lori sampah

Iklan
Video tular memaparkan janin bayi ditemui di dalam lori sampah.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat Alam Flora terkejut selepas menjumpai janin bayi ketika memunggah sampah ke dalam lori di Bukit Jalil di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan berkaitan kes itu pada jam 12.51 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu memaklumkan pekerjanya telah menemui janin bayi ketika sedang memunggah sampah ke dalam lori," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Aidil berkata, kes tersebut masih dalam siasatan.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Elfi di talian +6011-1004 8773 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-9284 5050, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 serta mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.