AEON BiG lancar kempen Beli dan Derma Barangan Sekolah
Iklan
Kotak sumbangan Beli dan Derma Barangan Sekolah AEON BiG terletak di 11 cawangan pasar raya AEON BiG.
AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dengan kerjasama Yayasan AEON Malaysia serta Empire Project melancarkan kempen Beli dan Derma Barangan Sekolah hari ini.
Ketua Pemasaran AEON BiG, Nazwan Effendy Choong berkata, ia inisiatif komuniti dalam usaha menggalakkan orang ramai untuk menyumbang kelengkapan sekolah buat kanak-kanak yang memerlukan menjelang musim persekolahan tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebanyakan keluarga berdepan cabaran dalam menyediakan keperluan asas sekolah untuk anak-anak mereka setiap tahun.
Justeru, kata beliau, kempen Beli dan Derma Barangan Sekolah mencerminkan komitmen bersama semua pihak memperkasa komuniti, menyemai nilai keprihatinan di samping memastikan tiada anak tercicir dalam persiapan pendidikan.
Iklan
“Kempen ini menyediakan platform mudah serta telus untuk pelanggan meringankan beban tersebut, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak memulakan sesi persekolahan dengan yakin dan ceria.
“AEON BiG telah membuktikan komitmennya terhadap kebajikan komuniti apabila kempen kotak derma sempena musim raya sebelum ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan.
Iklan
"Melihat impak positif itu, pihak kami kini mengembangkan inisiatif tersebut khusus untuk membantu kanak-kanak demi memastikan lebih ramai golongan memerlukan mendapat manfaat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Nazwan Effendy memaklumkan, AEON BiG turut menjalinkan kerjasama dengan Empire Project selama lebih 10 tahun termasuk pelbagai agensi dan rakan korporat.
Tambah beliau, ini bagi memastikan lebih 50,000 pelajar menerima bantuan persekolahan dan barangan keperluan penting.
“Kerjasama AEON BiG bersama Empire Project juga terbina sekian lama, menjadikannya agensi yang dipercayai dalam menyampaikan bantuan komuniti secara berkesan dan telus.
“Dalam usaha memastikan setiap kanak-kanak memperoleh keperluan yang lengkap, AEON BiG menerima sumbangan dalam bentuk uniform sekolah, alat tulis, stoking, kasut dan beg.
"Barangan ini boleh dibeli terus di AEON BiG dan didermakan di 11 lokasi yang disediakan,” ujarnya lagi.
Pelanggan boleh menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 atau bayaran tunai untuk membeli barangan 'Back to School' di AEON BiG dan mendermakannya secara terus di cawangan Putrajaya; Wangsa Maju, Kepong (Kuala Lumpur); Klang, Ampang, Tun Hussein Onn, Shah Alam, Subang Jaya (Selangor); Batu Pahat (Johor) dan Bukit Minyak serta Prai (Pulau Pinang).
Pelanggan juga boleh menyumbang melalui kotak derma Yayasan AEON Malaysia yang ditempatkan di kaunter juruwang AEON BiG.
Sumbangan tunai terkumpul sepanjang Disember ini bakal disalurkan kepada keluarga yang memerlukan pada minggu pertama Januari, sebelum sesi persekolahan bermula pada 12 Januari 2026.
Dana itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah bagi penerima yang layak.
Nazwan Effendy berpendapat bahawa setiap anak berhak memulakan persekolahan dengan persiapan yang lengkap.
“Melalui kempen ini, kami ingin menjemput orang ramai untuk bersama-sama memainkan peranan kecil yang membawa impak besar kepada golongan memerlukan.
"Tiada impian yang patut terhenti hanya kerana tiada kelengkapan sekolah,” katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.