Kes tembak: Dua suspek ditahan, motif dipercayai dendam

Iklan
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedara parah selepas ditembak di dalam kereta.

SEREMBAN - Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua lelaki di dalam kereta di Jalan Rasah menghala Plaza Tol Port Dickson pada Rabu, ditahan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 40-an ditahan di Seremban jam 2 pagi.

Iklan
Iklan

"Susulan daripada kes tembak yang menyebabkan seorang mangsa meninggal dunia, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban menjalankan siasatan dan telah mengesan suspek.

"Kedua-dua suspek telah ditahan di sebuah rumah di daerah ini dan turut dirampas sepucuk pistol yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Azahar

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif kejadian dipercayai dendam, namun siasatan masih dilakukan.

Iklan

Tambah beliau, hasil semakan mendapati, mangsa yang parah dalam kejadian terbabit adalah salah seorang suspek kes tetak di sebuah pasar raya di daerah ini pada April lalu.

"Buat masa ini pihak kami masih lagi menjalankan siasatan sama ada kes ini berkaitan aktiviti kongsi gelap.

"Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat pagi ini bagi soal siasat," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedara parah selepas ditembak di dalam kereta dalam kejadian antara jam 7 hingga 7.30 pagi.

Seorang mangsa berusia 43 tahun dipercayai bekerja sebagai pengawal peribadi disahkan meninggal dunia jam 12.50 tengah hari pada Rabu.

Seorang lagi mangsa berusia 47 tahun mempunyai 15 rekod kes jenayah atas pelbagai kesalahan.