[VIDEO] 'Hanya doa untuk saya' - Syed Saddiq

Iklan

PUTRAJAYA - “Hanya doa yang penting ketika ini kerana insya-ALLAH, ALLAH akan bersama dengan orang yang betul.”

Demikian reaksi ringkas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelang prosiding rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Syed Saddiq ditemui media ketika hadir prosiding rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan, di sini pada Khamis.

Syed Saddiq berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya proses perundangan itu kepada mahkamah dan berharap semua pihak menghormati perjalanan prosiding.

Iklan

"Itu saja, sebab persidangan akan bermula. Kalau ada apa-apa soalan, saya cuba jawab secepat mungkin,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding bermula, pada Khamis.

Katanya, tindakan pendakwaan memfailkan rayuan adalah hak mereka dan beliau bersedia berdepan proses tersebut.

Iklan

"Saya menghormati keputusan pihak pendakwaan yang memilih untuk merayu walaupun di peringkat Mahkamah Rayuan telah menang kosong.

It is their right, their constitutional right, to appeal,” katanya.

Menurutnya, proses rayuan yang dijadual berlangsung selama dua hari itu merupakan ruang bagi semua hujah dan fakta terus diuji secara terbuka.

“Dan pada hari ini kita akan memulakan proses rayuan tersebut selama dua hari. Saya juga rasa bersyukur kerana proses itu tidak dilewat-lewatkan.

“Alhamdulillah, hormat saya kepada institusi kehakiman itu sangat tinggi,” katanya.

Tambahnya, beliau turut meminta penyokong dan orang sekeliling agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menyinggung mahkamah sepanjang tempoh prosiding berlangsung.

“Saya tidak minta banyak. Saya beritahu kawan-kawan, keluarga, jangan nak protes, jangan nak maki, jangan nak caci hakim tidak kira siapa pun. Yang penting adalah untuk doa saja,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat kes menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini.

Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari sehingga Jumaat ini di hadapan beberapa hakim.