Treler rempuh pondok tol, dua kereta

Iklan
Kemalangan di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam di sini pada Rabu.

SHAH ALAM – Seorang penjaga tol bersama enam individu lain berdepan detik cemas apabila sebuah treler merempuh pondok tol dalam insiden di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 9.17 malam.

Iklan
Iklan

"Seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya Shah Alam di sini pada Rabu.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 9.28 malam mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

"Sebuah treler telah merempuh pondok tol dan melanggar dua buah kereta iaitu Perodua Bezza (VFR 6953) serta Proton Wira.

Iklan

"Terdapat mangsa termasuk penjaga tol dan semuanya mangsa berada dalam keadaan baik," katanya.