19 maut bangunan kediaman tiba-tiba runtuh

Iklan
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mengesan mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Maghribi pada Rabu. - Foto Saouri Aissa/Xinhua

RABAT - Sekurang-kurangnya 19 nyawa dilaporkan terkorban manakala 16 lagi cedera dalam runtuhan dua bangunan di bandar Fes, Maghribi pada Selasa lalu, lapor Gulf News.

Menurut laporan itu, bangunan empat tingkat yang menempatkan lapan keluarga itu runtuh di kejiranan Al-Mustaqbal sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kesemua mangsa yang tercedera dihantar ke hospital di Fez untuk rawatan kecemasan.

Runtuhan dua bangunan menyebabkan 19 penduduk terkorban. - Foto Saouri Aissa/Xinhua

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan kemungkinan mangsa lain yang terperangkap.

Siasatan penuh kejadian turut dilancarkan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan bangunan tersebut.

Iklan

Untuk rekod, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kawasan Al-Hassani, Mei lalu hingga mengorbankan sembilan penduduk.