Tiada R&R, pasangan selamba masak tepi lebuh raya

Iklan
Pasangan itu mempertahankan tindakan mereka memasak di tengah jalan. Foto Agensi

NEW DELHI - Tular gelagat pasangan suami isteri yang selamba memasak di ruang rehat di sebuah lebuh raya.

Tindakan mereka turut menjadi topik perbincangan hangat warganet setelah ramai yang mempersoalkan perilaku sedemikian yang jelas mengganggu lalu lintas.

Iklan
Iklan

Menerusi klip itu, pasangan di India tersebut dengan lantang mempertahankan perbuatan mereka.

"Ini merupakan kawasan rehat. Sudah tentu apa yang kami lakukan ini dibenarkan," kata mereka kepada individu yang merakamkan video tersebut.

Iklan

Klip itu juga menunjukkan seorang lelaki sedang berehat dengan anaknya manakala isterinya sibuk menyediakan makanan.

Kebanyakan warganet mengkritik pasangan itu yang didakwa 'tiada sivik' dan tidak memikirkan tentang keselamatan diri sendiri serta menggunakan ruang awam sewenang-wenangnya.

Iklan

"Sejujurnya ia satu tindakan kurang bijak. Memasak di tepi jalan? Lebuh raya bukan dapur peribadi dan tindakan mereka boleh mengotorkan laluan tersebut," menurut seorang pengguna media sosial.

Ada juga pengguna media sosial yang mencadangkan pemerintah India menyediakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk jarak beberapa kilometer seperti yang terdapat di kebanyakan negara. - Agensi