HARAPAN untuk menyaksikan skuad badminton lelaki negara menyumbang emas ketiga di Sukan SEA pada Rabu tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi Indonesia di pentas final pada Rabu.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal menamatkan kemarau panjang emas selama dua dekad dalam acara berpasukan di Sukan SEA.
Iklan
Iklan
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Gymnasium 4, Universiti Thammasat itu, Leong Jun Hao yang turun selaku perseorangan utama gagal menyaingi Alwi Farhan Alhasny apabila tunduk straight set 21-12, 21-19 dalam tempoh 46 minit.
Indonesia meneruskan momentum kemenangam menerusi gandingan beregu Karyaman Gutama-Mohd Reza Pahlevi Isfahani yang mudah menjinakkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga dengan kemenangan straight set 21-12. 21-12.
Pasangan nombor lapan dunia itu hanya memerlukan 34 minit mengalahkan Aaron-Wooi Yik yang ketika ini berada di ranking kedua dunia.
Justin Hoh pula gagal memberi saingan kepada Mohd Zaki Ubaidillah apabila kecundang 21-12, 21-14 sekali gus menyaksikan Indonesia merangkul emas untuk edisi kali ini.
Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara berpasukan ialah pada Sukan SEA 2005 di Manila yang mana pada aksi final ketika itu, skuad negara menumpaskan Indonesia 3-2.